Sekadar gambar hiasan
Weekend baru ni, kami keluar beraya ke rumah bos hubby kat Templer. On the way ke sana, ternampak sorang pompuan naik motor ngan hubby dia (kot). Pakaian agak seksi - t-shirt lengan pendek dan seluar/skirt pendek, menampakkan betis. Dah la tu, pakai selipar pulak tu!
Kat sini, saya tak nak cakap sal aurat la coz kalau tak silap, pompuan tu chinese (rasa-rasanya lah). Yang menarik perhatian kami, cara pemakaian ketika menaiki motor. Kebanyakan orang tak ambil berat sal pemakaian dan keselamatan ketika menaiki motor ni. Especially pompuan. Bagi mereka cukup sekadar memakai topi keledar. Pakaian pulak, mesti menampakkan lengan dan betis, kononnya nak suruh nampak cantik la. Tapi sebenarnya membahayakan mereka sendiri. Kaki pulak cukup sekadar ditutup ngan selipar. Hai....
Saya pernah accident ngan hubby masa mula-mula kawin dulu. Masa tu kami on the way ke tempat kerja. Jalan jam. Tetiba jer ada sorang pakcik tu keluar simpang secara mengejut. Hubby pun elak la. Masa tu hubby bawak motor cam biasa, slow jer. Tapi kami terjatuh gak. Terkejut masa tu. Alhamdulillah la sikit jer luka. Hubby luka kat tapak tangan, saya luka kat siku. Pakai lengan panjang dah tu!
Cuba bayangkan, kalau lengan panjang pun boleh luka, apa akan jadi kalau pakai lengan pendek jer. Mesti lebih parah lagi! Hubby cakap, bila jatuh motor, first kita akan tahan dengan tangan. Kalau tak pakai glove, tapak tangan kita akan sakit. So, kita akan tahan ngan siku lak. Kalau pakai lengan pendek, siku kita pulak yang akan sakit. Kita tahan ngan bahu lak. Kalau bahu sakit, kita akan rebahkan badan. Last-last, habis semua luka! Kalau setakat luka, ok lagi. Maunya patah tulang bahu. Tak ker siksa tu....
Ok, masuk bab kaki pulak. Bila kita nak jatuh, mesti kita akan tahan jugak ngan kaki kan. Kalau pakai selipar, maunya tercabut kuku cam kawan saya dulu. Tercabut kuku ibu jari kaki dia masa dia jatuh motor dulu, gara-gara pakai selipar. Ngeriiiii!!! Tiap kali kami ternampak orang naik motor pakai selipar ni, kami rasa risau sebab kami tahu bahaya dia. Belum terkena belum tahu. Tapi, baik lah tak kena.
Syukur Alhamdulillah la kami tak pernah accident teruk. Sebab tu lah kalau kami nak naik motor, kami akan pastikan pakaian kami tu sesuai - lengan panjang, seluar panjang, stokin dan kasut. Hubby lak pakai glove, baju reflector. Kat helmet lak, tampal reflector kat belakang dia. Dan disebabkan tudung saya labuh, kawan kami nasihatkan supaya saya pakai sweater, takut-takut tudung tersangkut kat lori ker, atau mana-mana yang boleh menyebabkan accident. Maklumlah, naik motor ni kan berangin, tudung asyik terkibar cam bendera :p
Bila accident, yang paling kesiannya, pompuan la. Kalau dah luka sana sini, mesti akan tinggalkan parut. Parut kat siku saya sampai sekarang pun tak hilang-hilang... huhu... Alhamdulillah la sikit jer....
Sayang la kaki ngan tangan yang cantik tu, anugerah Allah pada kita untuk dijaga dan untuk dipertontonkan pada suami. Kalau dah berparut sana sini, nak tunjuk kat suami pun rasa malu, betul tak?
Written on Oct 21, 2009 @ 11:40am